Beberapa fakta pokok koko yang perlu anda ketahui sebelum ditanam di negara kita!

Selamat  sejahtera;

Akar pokok

Anak Pokok koko mempunyai akar tunjang yang mendalam sehingga beberapa kaki dalam tanah. Manakala akar keliling bentuk serabut menyebar di sisi pokok bagi tujuan penyerapan nutrien dan air, kedalaman akar ini  peringkat pertengahan dan berselirat lingkungan yang agak cetek bagi tugas berkesan.

Varieti

Terdapat dua jenis varieti, jenis Criollo dan jenis Amazonian Forastero.

Criollo banyak diusahakan di Amerika Tengah dan lama sebagai pertanian komersil, ia ditandai dengan pod berkulit keras dan alur isi sempit longitudinal dan apabila dikupas kelihatan berwarna kemerahan atau kehijau.

Jenis Forastero telah dibiakkan ke sebelah selatan Panama dan mempunyai buah yang bujur telur memanjang, isinya cetek dan beralur sempit.



Adakah persamaan perangai dengan tingkah laku # bagaimana masalah sosial remaja?

Selamat sejahtera;

Pada kebiasaannya tingkah laku dimaksudkan perangai atau perbuatan yang disengajakan atau tidak dan secara sedar atau sebaliknya. Tingkah-laku  dalam pengertian saintifiknya ditakrif sebagai sesuatu Tindak Balas organisma (hidupan seperti manusia, haiwan tumbuhan) sebagai objek untuk bertindak-balas kepada keadaaan persekitaran. Ia bersifat:

#-sedar atau separa sedar;

#-nyata-terselindung;

#-rela-tidak;

#-semula jadi-dipelajari.

Tingkah-laku manusia dikawal oleh sistem saraf yang kompleks(rumit), sifat ini ada berbagai-bagai bentuk kekompleksan sesuatu sistem sarafnya, ada sistem saraf yang ringkas dan yang rumit dan dilengkapi dengan sistem endokrin.

Hidupan(organisma) yang mempunyai sistem saraf yang kompleks atau rumit lebih berupaya mempelajari gerak balas secara spontan yang baru terjadi, sifat begini dapat menyesuaikan tingkah laku-nya.

Apakah persediaan bagi menuju hari tua – bahagian II

Selamat sejahtera;

Pasti pada satu masa nanti kita semua akan menjadi orang tua(warga emas) yang bernasib baik, jika kita berusaha bersungguh-sungguh memenuhi semua syarat yang wajib dilakukan untuk meletakkan kita pada kedudukan tersebut.  Sekiranya kita melakukan usaha hanya kerana tidak perlu bersungguh(hangat-hangat tahi ayam), atau kurang berusaha (kurang bersungguh)-: Sudah pasti hasilnya tidak bernasib baik atau kurang bernasib baik.

Maksudnya  untuk mendapat kondisi badan kita 100% mantap hingga umur 80, 90 malah hingga 100 tahun masih bertenaga untuk berjalan, bekerja yang ringan-ringan dan aktiviti yang selayaknya, kita mesti melaksanakan tanggungjawab terhadap diri kita dengan betul dan tepat. Apakah tanggungjawab itu?

5 Cara Bagaimana kita boleh belajar daripada orang lain

Selamat sejahtera;

1-Menenangkan diri untuk muhasabah

Langkah yang sering diabaikan ialah bagaimana sepatutnya kita dapat meluangkan bagi muhasabah diri. Tujuannya berkesan untuk memberikan fokus kepada memajukan diri kita. Kita akan temui bahagian kelemahan untuk kita atasi dengan mengelolakan perancangan khusus, pada masa ini  minda jua tindakan kita kekalkan positif. Kekuatan yang ada perlu dikemaskan dengan menyediakan agenda yang berpotensi, dengan penggabungan kedua unsur ini akan memantapkan keyakinan supaya menghasilkan penggarapan yang bernilai.

2-Pemerhatian dengan ketajaman menilai

Siapakah yang perlu mengambil vitamin tambahan – bahagian II

Selamat sejahtera;

Anda mungkin memerlukan vitamin tambahan jika pada keadaan perubatan tertentu.  Kebiasaannya boleh juga mengambil makanan yang mencukupi seperti sajian kanak-kanak yang lengkap dengan vitamin yang diperlukan, Cuma kemungkinan badan kita tidak sentiasa bersetuju dengan pilihan kita atau alahan terjadi. Pada keadaan tersebut  biasanya timbul masalah pada kadar penyerapan, ataupun tahap penyerapan seseorang berbeza-beza .

Jika tidak boleh mendapatkan vitamin tertentu daripada makanan yang anda makan, kerana keadaan menu yang terbatas untuk kepentingan atau kawalan perubatan, oleh yang demikian anda dianggap perlu mengambil makanan tambahan  yang mempunyai vitamin tertentu yang diperlukan.

Siapakah yang memerlukan vitamin tambahan – bahagian I

Selamat sejahtera;

Tanpa memiliki kesihatan yang mantap,  kita akan menghadapi masa sukar untuk menikmati kehidupan yang harmoni.  Perlu  ditegaskan bahawa kesihatan di luar lingkungan semasa anda keluar bersama keluarga atau bertugas, sebenarnya di bawah pengaruh yang rumit dan di luar kawalan sesiapapun.

Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan diri kita sihat. Satu daripada perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah memilih makanan menyihatkan untuk memastikan bahawa anda mendapat nutrien yang betul. Hal ini wajib anda mempelajarinya melalui berbagai-bagai sumber seperti buku bacaan, media masa, internet  dan sebagainya.

Hakim wajib berlaku adil, takuti azab Allah

Hakim

Selamat sejahtera;

Sesiapapun insan yang ingin hidup bahagia dan harmoni ia pasti mengharapkan berlaku keadilan dalam seluruh hidupnya.

Apatah lagi manusia yang bergelar HAKIM,  khususnya yang beragama Islam berlaku adil dalam memutuskan sesuatu kes yang dikendalikan-nya adalah wajib hukumnya, kata bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr.Muhammad Nur Manuty.

Dalam ajaran atau syariat Islam jelas digariskan tentang keperluan hakim memutuskan sesuatu kes tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Berpandukan maklumat dan bukti yang bersih saja seseorang hakim akan berlaku adil dan menetapkan keputusan dengan saksama, demikian hakim yang diredai Allah SWT.

Godaan Wanita Moden menjadi sumber kemaksiatan # bakal di azab-seksaan pedih menghinakan !!

SenjaMyanmar3

Assalamualaikum wmb;

Sebagai simpati dan tanda kasih kepada seluruh Muslimah, saling berpesan dan ingat mengingat dengan kenebaran dan kesabaran, al_Quran dan Hadis

Tingkah berbagai-bagai cara menggoda diatur secara terang-terangan juga tersembunyi dengan halus tanpa disedari atau mungkin juga disedari. Seperti kesah Nabi Yusuf AS yang digoda untuk berlaku sumbang dan menjijikkan oleh isteri seorang pembesar pemerintah Masir.  Nabi adalah manusia yang berakhlak mulia tinggi budi pekerti yang Allah lindungi itu berkata;  ‘Aku berlindung kepada Allah (daripada perbuatan keji itu), sungguh Tuhanku telah memperlakukan ku dengan baik-(QS Yusuf:23)          

Next Page »