Monthly Archives: October 2010
Dihormati
| 29/10/2010 | Posted by didikasi under Usahawan |

Assalamualaikum wm.wb.
Saudara ! Di manakah agaknya kita meletakkan diri kita untuk berjaya?
Tentulah berada di hati, minda dan menjadi sebutan para sahabat, saudara mara dan masyarakat di tempat.
Adalah satu kemestian untuk anda menjadi individu yang dihormati serta disegani oleh mereka.
Bagaimana boleh mencapai tahap begitu?
Dengan memiliki ciri-ciri yang terpuji seperti amanah, peramah, murah hati, mesra, senang didampingi, sentiasa berikhlas hati, berbudi pekerti serta akhlaq terpuji.
Baca terus klik di bawah . .
Berani Bersaing
| 28/10/2010 | Posted by didikasi under Usahawan |
Salam Sejahtera.
Hukum alam memang ditentukan Tuhan Yang Maha Kuasa, dan berjalan mengikut sistem.
Persaingan berlaku supaya keseimbangan dapat mencapai kesempurnaan, fenomena ini tidak dapat dihindari oleh sesiapapun kecuali masa saja yang menentukanya.

Ce kita tengok dan kaji sikit ;
# tumbuhan dan haiwan . . baca lagi klik di bawah
Memahami Sebagai Peniaga
| 26/10/2010 | Posted by didikasi under Mahabbah |

1 – Kebaikan Pesaing
- pesaing yang memburukkan anda
Saujana nak cite Pesaing yang memburuk dan menjatuhkan orang lain.
- biznes kuasa
Nak kuasa , sanggup rasuah sana sini , fitnah macam-macam. Ni bukan lah biznes yang di maksudkan kat sini. Kat ateh2 nun.
Sambung pasal nak jatuh kan sesama kita;
Tersurat maupun tersirat sindiran/perli ataupun direct terus ke batang hidung dan sebaliknya secara tak langsung. Tujuan tetap yang tunggal tulah nak menjatuhkan malah sanggup fitnah lak tu. Hai manusia lah.
Adakah anda tau dan sedak ! Tindakan begitu . .
Ngape plak ? Iye le kakah(pesaing jahat) tu tak prasan, dia memburukkan sedare sorang , sebaliknya 5 orang 10 orang akan memburukkan kakah tu plak lah.
Orang lain tak suka dia le. Gitu ke rupanya?
Minda kotor, he ho he . .
La , kan bukan zaman ais dan batu, banyak maklumat dan dah bijak giler usahawan sekarang. Jadi tak kena la kalo nak guna taktik buruk tu , kan ?
Biznes pun perlu keharmonian baru dunia biznes menjadi elok dan seronok.
- minda
- petah berhujah
- situasi menang
Suasana begini pasti mecipta kondisi yang nyaman dan menyelesakan semua pihak dan akhirnya perniagaan mendatangkan keselesaan berterusan.
- akibat menang berhujah dan kaut untung
Namun sebenarnya membahayakan usia dan reputasi biznes tersebut. Berkemungkinan network akan pincang dan rantai perniagaannya longgar dan terputus kemudiannya.
Maka pihak lain akan sukar malah menolak mentah-mentah untuk berunding dan mengadakan rangkaian dengan anda yang bersifat monopoli kan bahaya nih, jadi jangan di buat no!
Miliki Disiplin
| 25/10/2010 | Posted by didikasi under Usahawan |
Assalamualaikum wm. wb.
Manusia mempunyai kuasa minda yang mampu berfikir tajam melebihi mata pedang.
Malah berkuasa menghalakan mindanya ke medan yang dia sukai.
Minda juga menjana emosi berbagai, oleh itu satu-satunya kehebatan emosi sepenuhnya hanya dikawal oleh minda yang terlaltih dan memiliki disiplin diri yang kuat.
Unsur luaran hanya boleh mempengaruhi(merangsang) atau memberikan pilihan. Jadi mindalah yang memacu diri anda untuk menjadikan sebagai seorang yang:
baran, pemalu, pendendam, tamak dan sebagainya.
Kejayaan – Tanpa Modal
| 23/10/2010 | Posted by didikasi under Usahawan |
Salam sejahtera.
![]()
| Bill Gates at the World Economic Forum inDavos, 2007 | |
| Born | October 28, 1955 (age 55) Seattle, Washington, USA |
|---|---|
Semoga anda selalu ceria.
Dunia kita adalah pentas untuk manusia mencorakkan berbagai cerita dan kehidupan.
Luar Biasa Berlaku Berhampiran Kita
Ada kejadian yang biasa malah banyak juga kejadian yang luar biasa terjadi berhampiran kita.
Apa tidaknya ? Seperti perisian yang kita gunakan ni . . Microsof dan Face Book contohnya.

Walaupun perisian ini menjadi suatu kejadian yang luar biasa penggunaannya di dunia, anda jangan terkejut bila diberitahu pada mulanya ia hanya sebuah idea yang biasa.
Microsoft pada mulanya beroperasi tanpa menggunkan sedikit pun wang simpanan atau modal daripada BILL GATES. Kerana ia idea yang hebat Microsof menerima sposor dan funding daripada syarikat ternama.
Begitu juga halnya, apabila seorang studen sedang meneruskan pengajian di U, beliau telah membuat satu perisian dengan tujuan memudahkan untuk ia berhubungan dengan rakan kenalannya di kampus dan lain-lain.
Kini FACEBOOK menjadi amat popular dan digunakan di seluruh dunia internet.
Idea Bagus Modal Biznes Internet
Kedua kes di atas bermula daripada idea bagus yang mendapat funding atau sponsor oleh syarikat tertentu, kemudian ia dimajukan.
Bersandar kepada kejadian ini, anda boleh gunakan sedikit idea yang boleh dikembangkan, seterusnya mencari sponsor dan hasil daripadanya anda boleh melakukan biznes di internet maupun secara fizikal.
Ibu Muda Mengisi Masa Kerana Hobi
Teruskan baca . . .
Sebelum Berniaga
| 22/10/2010 | Posted by didikasi under Usahawan |
Salam sejahtera anda semua.
Langkah Awal Memulakan Perniagaan atau Sebelum Jual Produk
Sama ada on-line atau off-line;
Sekira anda hanya mempercayai produk yang akan dijual boleh mendapat keuntungan, langkah ini masih perlu ditangguhkan dulu.

Langkah pertama perlu dilakukan ialah membuat kajian. Kajian atau penyelidikan tersebut dilakukan merujuk kepada keperluan masyarakat atau papulasi di situ.
Kaji pula tentang masa berniaga, harga produk, kawalan, penyimpanan dan keselamatannya.
Apa yang akan ditanya oleh dan kepada diri anda : Apa yang boleh aku jual di sini ?, Adakah orang hendak membelinya? Apakah yang dijual ni benar-benar mereka perlukan? Berapa ramai orang berniaga? Berapa harga yang boleh saya jual?
Imej
| 21/10/2010 | Posted by didikasi under Mahabbah |
Salam ;
. . . Sambung pasal IMEJ daripada keluaran sebelum . .
Individu yang Berjaya rata-rata memberikan penampilan imej yang meyakinkan.
Mereka yang disebutkan di atas adalah golongan usahawan yang sangat Berjaya dah bergelar Jutawan. Bukan setakat kejayaan malah penampilan yang mengagumkan dengan gerak-gerik penuh daya tarik dan menyenangkan kepada sesiapa yang berkomunikasi dengan mereka.

Imej yang melambangkan kejayaan Donald J.Trump
Letaknya kekuatan imej ialah pada sahsiah dan sikap yang baik, faktor kejayaan bukan semata-mata yang meletakkan pandangan dan kepercayaan orang kepada pembentukan imej, tetapi bertitik tolak kepada sikap dan mudah berkomunikasi, tidak ego atau sombong .



Recent Comments