Monthly Archives: May 2011
# Bintang Asy-Syi’raa
| 22/05/2011 | Posted by didikasi under Pendidikan |
Salam sejahtera;
Bertemu kembali, untuk renugan . .
Kehidupan manusia dan ketamadunannya sungguh behubung rapat dalam sejarah alam raya. Berhubung rapat dengan ilmu dan kejadian alam yang ditadbir oleh Allah.
Daripada peredaran masa yang melengkapi planet, melangkaui rasi bintang hingga ke tahi bintang terus disabitkan dengan pengaruhnya kepada kehidupan manusia.
Mengapa demikian eratnya? Fenomena bintang juga sebagai perlambangan kepada kita. Pencapaian seseorang mahupun kumpulan sering di sabitkan dengan gelaran-gelaran berbagai bintang.
Bintang juga adalah makhluq Allah Subhanahu Wataala. Ia dicipta penuh misteri, namun ia juga patuh taat kepada perintah Allah dan ketentuan dariNya.
Sarjana Matematik Islam Peringkat Awal Tamadun Keilmuan
| 14/05/2011 | Posted by didikasi under Karya, Mahabbah, Pendidikan, Usahawan |
Salam sejahtera
Abad ke – 7 hingga abad ke – 13
Lingkungan abad ketujuh hingga ke abad tiga belas, rata-rata orang Islam memiliki pegangan agama yang teguh. Pada era zaman ini kemajuan ekonomi Islam, politik dan bidang ilmu pengetahuan berkembang cukup pesat dan dinamis.
Aktiviti dinamis tidak hanya dalam pemerintahan, perdagangan malah dalam penyelidikan ilmu yang luas dengan menyinambungkan aspek teoritikal serta bidang sains gunaan yang releven memang pesat berkembang. Walaupun era permulaan dipelopori oleh Yunani dan Romawi, para sarjana Islam telah mendisiplinkan kekemasan dengan memelihara ketulenan yang menonjolkan peri pentingnya idea-idea itu, sebagai pencetus awal evolusi pemikiran berbagai bidang ilmu moden.
# – Fikir-fikir Nak Biznes Melalui Internet ?! best nye!
| 13/05/2011 | Posted by didikasi under Karya, Mahabbah, Pendidikan, Usahawan |
Salam Sejahtera;
Manusia yang sentiasa kreatif dan bermotivasi ibarat air yang mengalir di sebuah sungai. Ia amat jelas kepada matlamat dan apa yang sedang dilakukan. Malah memberikan sumbangan kepada setiap hidupan, jadi ia sangat berharga dan memberi manfaat.
Bill Gate pernah berkata: “Pada masa depan hanya ada 2 jenis perniagaan”.
1- Menggunakan online [internet] &
Golongan Yang Bernasib Baik Untuk Memiliki Wang
| 07/05/2011 | Posted by didikasi under Pendidikan |
Salam Sejahtera;
Bernasib baik
Jauh sekali dari unsur seperti kiasan “Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam”. Bernasib baik sebagai pilihan kepada kemahuan seseorang, apakah ia memilih untuk bernasib baik atau sebaliknya.
Ia boleh dirancang dan direncanakan melalui set minda hingga kepada daya gerakakan seluruh keinginan dan matlamat. Maksudnya kita haruslah melakukan kerja dan usaha gigih dengan cara yang terancang dan bersistem.
Ia dikategorikan sebagai ‘Golongan yang berusaha’.
a – Mereka yang sentiasa belajar.
Kemahuannya tak pernah luntur daripada mindanya yang hauskan ilmu demi kebaikan masa depan di dunia dan akhirat. Mempelajari dan mengkaji semua aspek demi menjayakan matlamatnya.

Recent Comments