Monthly Archives: September 2011
Apa kebaikan memilih makan ikan
| 28/09/2011 | Posted by didikasi under Kesihatan & pemakanan, Pendidikan |
Panduan untuk memilih ikan, yang sebaiknya yang bersaiz sederhana. Tak besar dan tidak kecil sangat, kebanyakan ikan begini hidup di permukaan air atau laut. Ikan sekecil bilis dikaitkan dengan kandungan kolesterol yang semakin tinggi semakin kecil saiznya, terutama bahagian kepalanya yang halus terkandung kolesterol paling banyak.
Ikan besar hidup di dasar perairan laut, di sana terkumpulnya kebanyakan bahan logam berat terhimpun daripada hasil sisa kilang dan sebagainya. Logiknya ikan besar lebih terdedah kepada akumulasi logam berat di dasar perairan tersebut, seperti raksa, stanum, plumbum, kuprum dan sebagainya. Cara menghindarinya dengan memilih ikan yang hidup jauh lebih ke permukaan, yang tentu terhindar daripada unsur pencemaran.
Kepentingan air kepada kesihatan minda
| 26/09/2011 | Posted by didikasi under Kesihatan & pemakanan, Pendidikan |
Salam; – sambungan daripada sebelumnya
Menentukan air benar-benar bersih(tulen)
Air yang paling baik seperti air tulen yang boleh didapat di tasik, kolam dan mata air yang berada di pergunungan atau bumi tanpa pencemaran. Kita sedari ia hanya kecil dan hampir mustahil dan mungkin tiada ruang yang benar-benar bebas pencemaran.
Tiada pilihan terbaik kecuali air yang diproses seperti air mineral, air minuman, air tapis, sumber air tulen, air semula jadi dan sebagainya. Oleh sebab air yang berada dalam pasaran agak mahal, alternatifnya ialah menyediakan air tapis sendiri di rumah menggunakan peralatan yang bersih, berkualiti dan halal.
Kehadiran Al-Mahdi Tanda Hari Akhirat Kian Hampir
| 25/09/2011 | Posted by didikasi under Dunia Akhir Zaman, Pendidikan |
Salam sejahtera;
Al-Mahdi akan datang untuk menyelamatkan umat Islam, sebelum berlaku Hari Kiamat.
Namun sebelum itu akan ditandai dengan beberapa kejadian yang agak janggal.
Mengapa berlaku peristiwa peristiwa yang jarang terjadi dalam sejarah?Namun ia telah di jelaskan dalam hadith sebelum ini akan berlakunya fenomena berkenaan, demikian kuasa Allah sebagai peringatan NYA buat kita penghuni bumi yang menghampiri hari pengadilan yang dijanjikan.
Antara kejadian yang sudahpun terjadi:
1 – Pada bulan Ramadhan yang sama berlaku dua kejadian di luar kelaziman.

Gerhana bulan dan gerhana matahari yang berlaku serentak dalam bulan Ramadhan itu petunjuk kemunculan Imam Al-Mahdi – Hari Kiamat DiJanjikan nampaknya semakin hampir.
Budaya ziarah raya kian terhakis
| 24/09/2011 | Posted by didikasi under Mahabbah, Pendidikan |
Salam;
Dalam kesibukan melayan para tetamu, terdengar di luar sana suara serentak; “Assalamualaikum !”
Balas si tuan rumah, “ Wa’alaikumussalam!, masuklah”
“Wah! hensem-hensem, anak sapa ni?, jemput duduk silalah.” Pelawa tuan rumah seraya bersalaman kepada para tetamu: “Selamat Ari Raya, Maaf zahir batih . . .”
Kemesraan dan kasih sayang terpupuk di bawah keharmonian budaya ziarah dan berkunjung semasa hari raya menjelang, di kampung.
Jika dituruti dengan hujung mata di luar tingkap sana, tampak dari peringkat kanak-kanak, muda-mudi hingga yang berumur, dengan pakaian baru berwarna-warni dengan wajah ceria senyuman kemaafan sentiasa terukir menerusi wajah-wajah suasana raya tu.
Sejauh mana pentingnya memilih air untuk kesihatan minda
| 22/09/2011 | Posted by didikasi under Kesihatan & pemakanan |
Salam;
Sebelum entri ini saya ada membincangkan berkenaan air merupakan sumber seluruh kehidupan. Memandangkan kepentingan kepada hidup kita, jelas ia amat mempengaruhi tahap kesihatan dan perkembangan minda seseorang.
Justeru itu memilih air untuk diminum, masakan, medium berbagai-bagai kegunaan sangat penting terhadap penentuan tahap kesihatan kita.
Memilih air tulen?
Struktur molekul air terdiri daripada 2 bahagian Hidrogen dan satu bahagian Oksigen[H2O] = H-O-H. Apa yang dikatakan air iaitu air-tulen adalah struktur yang ditunjukkan. Sekiranya kita berhajat memilih air ia bermaksud demikian jelas, namun tidaklah semudah yang dianggap sebab dunia kini sudah tenat dicemari, termasuklah antara yang terbanyak adalah pencemaran air.
Air sumber kehidupan
| 21/09/2011 | Posted by didikasi under Dunia Akhir Zaman, Pendidikan |
Salam;

Lake-ByJinson
Allah YME menciptakan bumi terhamparan luas, sesungguhnya ada tersimpan khazanah sebagai rahsia yang hanya diketahui olehNYA. Ditadbir penuh sistem dan disempurnai dengan berbagai keperluan dan hikmah.
Satu anugerahNYA oleh maha pencipta lagi maha berkuasa ialah AIR. Ia rahmat daripadaNYA yang tak terkira banyaknya kepada makhluk, terutama yang hidup atau bernyawa. Perhatikan saja, mana ada kehidupan di tengah gurun pasir yang kontang? Juga di planet tanpa wujudnya air?
Sedangkan tubuh hidupan harus mengandungi komponen air sekitar 60, 80 atau 90 peratus untuk membolehkan hidupan kekal hidup daripada generasi ke generasi selanjutnya. Maka AIR adalah sumber kehidupan yang mutlak, ataupun mungkin hadir hidupan tanpa air namun ia amat simbolik dan jarang ditemui atau tanpa diketahui.
Bagaimana Memilih Sayuran Untuk Minda Yang Baik
| 20/09/2011 | Posted by didikasi under Kesihatan & pemakanan, Pendidikan |
Salam;
Utamakan kepada sayuran berwarna hijau termasuk jenis ulam-ulaman. Pilihan kepada pucuk dan berdaun hijau segar dengan warna yang menarik. Ada juga jenis daun sayuran berwarna kemerahan atau ungu, namun ia juga kaya dengan vitamin dan zat dengan menentukan pilihan pada tekstur yang segar dan menarik.
Sayuran yang dibeli di pasar atau didapat melalui penjaja sayuran, kebiasaannya diusahakan secara komersil oleh pengeluar atau pengusaha. Perlu diketahui bahawa jenis ini ada kandungan racun serangga mahupun unsur baja yang diberikan semasa dalam pertumbuhan untuk kesuburan dan menghindari perosak tanaman. Dalam mengatasi situasi ini sayuran perlu di basuh menggunakan air bersih (air tapisan) yang mengalir kemudian perlu direndam selama 3 minit dalam air tapisan(filter) yang bercampur garam.





Recent Comments