Monthly Archives: October 2011
Masih lemah! Kesedaran penggunaan air rakyat Malaysia
| 30/10/2011 | Posted by didikasi under Agama, Dunia Akhir Zaman, Kesihatan & pemakanan, Mahabbah, Pendidikan |
Salam;
Isu alam sekitar antara paling kritikal ketika ini ialah kekurangan bekalan air bersih. Demikian yang ditekankan oleh Dr Chan Ngai Weng, Presiden Pengamatan Air Pulau Pinang (WWP) (Bernama) 17 Jun 2010.
Mengapa umum jarang atau tidak pernah berfikir berhubung AIR yang melibatkan kegunaan, bekalan, sumber, pengurusan, pembaziran, pencemaran, implikasi dan sebagainya.
Air adalah sumber kehidupan kita, bukan itu saja malah ia adalah sumber atau nyawa seluruh kehidupan dan yang bergelar makhluk Allah?
Manfaat tumbuhan kunyit
| 29/10/2011 | Posted by didikasi under Kesihatan & pemakanan, Mahabbah, Pendidikan, Wanita dan kecantikan |
Salam;
Pokok kunyit sebagai tumbuhan herba yang berukuran sederhana, biasa ditanam oleh suri rumah sebagai bahan keperluan masakan. Terbukti pada setiap bahagiannya mempunyai kegunaan yang luar biasa, menjadikan ia tanaman serba guna.
Saya menggemari masakan lemak yang ditambahkan bersama sedikit kunyit dan helaian daun kunyit, ia menjadi enak, segar dan aroma hidangan yang wangi, boleh dalam masakan lemak ikan merah atau sayur lemak .
Kebiasaan menggunakan asam dan garam untuk mencuci ikan selepas disiang, namun saya gunakan kunyit untuk mencuci ikan tadi. Perap sekejap kemudian bilas dengan air bersih, jika perlukan; lakukan 2 kali untuk menghilangkan bau hanyir.









Recent Comments