Monthly Archives: November 2011
Bagaimana sifat peramah menjadi sasaran rakan untuk menipu anda?
| 25/11/2011 | Posted by didikasi under Biznes, Kewangan, Motivasi, Pendidikan |
Selamat sejahtera;
Sifat peramah mudah mesra kawan kerana ia mendatangkan kegembiraan serta kepuasan. Perhubungan ini menjadi baik seperti persaudaraan yang sudah kenal lama. Ia datang daripada hati tulus-ikhlas kerana perasaan hormat dan kasih sayang.
Tapi jangan alpa atau meminggirkan sikap berjaga-jaga (kewaspadaan). Berpegang kepada pesan Nabi ”Tambat-lah unta kamu, kemudian bertawakal.” Langkah ini tetap tidak merugikan dan bukan pula satu kesalahan sebaliknya anjuran yang sempurna.
Tidak dinafikan, kawan yang rapat memasang niat tertentu dan merancang sesuatu. Kelemahan kita tidak mampu membaca hati dan minda orang lain. Dalam sebarang situasi yang menguntungkannya apa saja boleh berlaku, yang mungkin dirancang atau secara tiba-tiba menjadi implikasi serius.
;) Mengapa sakit tulang kerap dialami oleh wanita berusia?
| 24/11/2011 | Posted by didikasi under Agama, Biznes, Internet, Kesihatan & pemakanan, Mahabbah, Pendidikan |
Salam;
Sebagaimana kita sedia maklum sesuatu yang bersifat baru, satu ketika akan mencapai tarikh luputnya atau rosak. Tulang manusia pun akan berlaku perkara yang serupa. Tapi tulang kita hanya menyusut yang digelar kehilangan jisim tulang ia semacam permulaan menuju ke osteoporosis.
Osteoporosis sebagai gejala tidak seimbang di mana pembentukan tulang menjadi lebih lambat dibanding penyerapan tulang tersebut. Ia mula berlaku pada usia 30 tahun, kepadatan jisim tulang berkurang iaitu sel-sel tulang yang tua[rosak] diganti dengan sel-sel yang baru, proses ini dinamakan ‘pembinaan tulang.’




Recent Comments