Salam idul-adha maaf zahir-batin.

Antara ungkapan khutbah ‘Janganlah korbankan nikmat hidupan yang  abadi di akhirat (syurga)hanya kerana menghirup sedikit nikmat maksiat dan mungkar di dunia!’
Penjelasan:  kerana mengikut hawa-nafsu iblis laknat maksiat dan dosa, bermakna tidak sanggup mengorbankan hawa nafsu serakahnya, syurga nikmat akhirat  terkorban pula.
Pengertian Korban :

Menyembelih  haiwan yang diharuskan pada hari raya ‘idul-adha dan hari tasyrik iaitu 11, 12, 13 zulhijjah bagi keutamaan menghampirkan diri kepada Allah YME. Seperti dalil dalam QS al-Kausar:2 – bermaksud ; “dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

Syariat yang dikategorikan sebagai sunat muakkad ialah sangat dituntut ke atas umat Islam yang sempurna berakal, dan sudah baligh serta berkemampuan.

Asal makna korban ialah dekat atau HAMPIR, yang dimaksudkan hampir dengan Allah dengan mengadakan korban kerana iman dan pengabdian diri kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya ” Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibas yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkuk kibas tersebut” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Orang yang berkorban dianjurkan untuk melaksanakan penyembelihan sendiri jika berupaya atau sekurangnya hadir menyaksikan penyembelihan.

Syarat haiwan korban

Sempurna umur dan fizikalnya, sihat, elok dan cantik tanpa sebarang cacat atau penyakit. Jika dapat yang berwarna putih gebu bulunya dan gemuk comel sebagaimana berikut;

Kambing biri-biri berusia setahun dan ke atas.

Kambing biasa berusia dua tahun dan ke atas.

Lembu atau kerbau berumur dua tahun dan ke atas.

Unta berusia lima tahun dan ke atas.

Mengapa syariat ini perlu bagi seluruh umat Islam?

Menyinarkan syiar erti pengorbanan agung dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Ibadah yang menandakan kepatuhan dan tunduk mengabdikan diri terhadap perintah Allah SWT. Sudah pastilah kesungguhan dengan penuh ikhlas dan keredaan ini, menyerlahkan ukuwah dan kasih sayang sesama ummah apabila menyedekahkan daging korban kepada yang memerlukan.

Tip untuk dikongsi ; sekira didapati ada anak dalam kandung si-ibu(lembu) yang disembelih tu, dan pasti yang kematian anak lembu ini disebabkan ibunya mati disembelih korban, daging si anak juga boleh(halal) dimakan.

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Comment


Free Link Cloaker Powered by Affiliate Camo