Apakah persediaan bagi menuju hari tua – bahagian II
| 26/01/2012 | Posted by didikasi under Agama, Cabaran, Kesihatan & pemakanan, Mahabbah, Motivasi, Pendidikan, Wanita dan kecantikan |
Selamat sejahtera;
Pasti pada satu masa nanti kita semua akan menjadi orang tua(warga emas) yang bernasib baik, jika kita berusaha bersungguh-sungguh memenuhi semua syarat yang wajib dilakukan untuk meletakkan kita pada kedudukan tersebut. Sekiranya kita melakukan usaha hanya kerana tidak perlu bersungguh(hangat-hangat tahi ayam), atau kurang berusaha (kurang bersungguh)-: Sudah pasti hasilnya tidak bernasib baik atau kurang bernasib baik.
Maksudnya untuk mendapat kondisi badan kita 100% mantap hingga umur 80, 90 malah hingga 100 tahun masih bertenaga untuk berjalan, bekerja yang ringan-ringan dan aktiviti yang selayaknya, kita mesti melaksanakan tanggungjawab terhadap diri kita dengan betul dan tepat. Apakah tanggungjawab itu?
Yakni melaksana impian dan azam sebagai warga emas yang berkualiti hidupnya, iaitu sihat bertenaga dan ceria tanpa sebarang masalah kesihatan yang kritikal atau kronik, jadilah Mukmin yang kuat. Tanggungjawab itu adalah mengutamakan pengamalan makan sihat, riadah sihat, aktiviti sihat, laku perbuatan dan tindak tanduk yang sihat justeru perkataan atau pertuturan kita sentiasa yang baik dan berfaedah. Fikiran atau minda dan perasaan hati yang sentiasa terkawal dan memikirkan masa depan yang positif dengan menjalani hidup penuh bersemangat.
Milikilah sebagai Mukmin yang kuat:- “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah, sekalipun masing-masing ada kelebihannya. Berkeinginan keras-lah kepada sesuatu yang memberi manfaat. Mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah”. Hadis riwayat Muslim
Apakah formula untuk menjadikan anda kuat dan bersemangat melakukan pekerjaan; hanya ada satu cara terbaik;-Lakukan kerja yang anda sukai dan halal. Ini mendorong anda bekerja keras dengan penuh ikhlas. Dorongan memberikan tenaga dan seronok melakukan, perasaan tenang dan gembira melakukan sesuatu kerja menambah keyakinan, akan menjadikan anda kuat dan sihat berasa senang hati serta berlapang dada. Berlapang dada, gembira, selalu berfikiran positif tanpa memikirkan dan melafazkan kata-kata yang negatif, insya-Allah anda akan terus sihat dan bertambah bersemangat.
Perkara yang tidak boleh anda ketepikan ialah membina masa depan yang sihat sedari awal lagi, iaitu semasa anda masih muda remaja atau sebelumnya lagi. Disiplin yang tinggi dalam mengamalkan kesemua perkara yang menyihatkan untuk jangka masa panjang.


Recent Comments